Close
glowwe Awards

2021

glow together

Senarai PemenangTonton Sekarang

glowwe Awards

glowwe awards 2021

glowwe adalah satu platform yang menyediakan pembelajaran mengenai penjagaan diri dan kulit kepada setiap lapisan umur masyarakat.

Menggunakan pengaruh media sosial, glowwe secara konsisten berkongsi pelbagai jenis maklumat mengenai produk, bahan di dalam produk, masalah kulit dan sebagainya di dalam bentuk poster, artikel dan juga video.

Seiring dengan masa, kini glowwe sudah mencapai lebih 250,000 followers dan subscribers daripada YouTube, Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter.

Melalui glowwe Awards 2021 ini, glowwe ingin mengiktiraf jenama-jenama berkualiti yang sentiasa berusaha menjaga kualiti produk bagi membantu pengguna dalam mendapatkan kulit yang sihat.

Dengan ini, glowwe meletakkan kepercayaan kepada para pengguna untuk mengundi dan memilih produk pilihan yang layak menerima glowwe Awards 2021.

Semoga dengan pengiktirafan ini lebih banyak pengguna dapat menyedari kewujudan pelbagai jenama berkualiti yang boleh membantu kulit anda.

Senarai Pemenang

Hadiah Untuk Dimenangi

30 orang yang bertuah bakal memenangi hadiah percuma

10 Pengundi bertuah bakal memenangi produk tertera daripada glowwe. Dan 20 orang bertuah memenangi hadiah misteri. Adakah anda ingin menjadi individu bertuah ini? Jangan lepaskan peluang, undi sekarang!

Bukan itu sahaja, semua pengundi juga akan menerima 10% diskaun untuk pembelian produk-produk Puan Mary (imej360.onpay.my).

Cantik itu subjektif, cantik itu anda!Menjaga kulit adalah satu bentuk menyayangi diri sendiri.Kecantikan tidak perlu sakit, kecantikan perlu rajin dan konsisten.Let’s Glow Together!

— glowwe Awards 2021 —

Prosedur

PENGANUGERAHAN

Pemenang glowwe Awards untuk kategori Most Favorite dipilih dan diundi sepenuhnya oleh orang awam.
Pemenang glowwe Awards untuk Best Category pula dipilih berdasarkan penilaian profesional oleh pihak glowwe.
glowwe Choice Awards untuk jenama tempatan terbaik pula 50% adalah berdasarkan undian orang awam dan 50% berdasarkan penilaian profesional glowwe.

Kajian

Kajian teliti dan beberapa lapis penilaian profesional dibuat untuk memutuskan produk penjagaan tersebut menepati standard pilihan glowwe.

Penyenaraian

glowwe turut menyenaraikan jenama dan produk terkini dan dipercayai yang berada di pasaran. Pandangan followers di media sosial turut diambil kira.

Undian

Setiap individu boleh mengundi produk penjagaan kulit pilihan sendiri mengikut kategori yang disediakan. Undian dibuka selama 20 hari.

Pengumuman

Semua pencalonan dan pemenang akan diumumkan di media sosial sebagai pengiktirafan jenama dan produk tersebut.

glowwe Awards tidak menerima sebarang promosi berbayar daripada mana-mana pihak.

Malam Anugerah

glowwe Awards 2021.

Hubungi Kami

Untuk Maklumat Lebih Lanjut

Tel.: 03 4288-4564

3A-1, Jalan Wawasan 4/6,

Bandar Baru Ampang,

68000 Ampang, Selangor

glowwe@mytrainingcube.com
awards.glowwe.my